Thursday, July 1, 2010

tanggunjawab dgn manusia

Setelah melalui beberapa fasa perubahan sepanjang perjalan hidup, perasaan takut, kecewa, sedih, gembira, terluka, memaafi akhirnya saya belajar untuk bertenang. Manusia tidak akan pernah sama, hati yang gelap, penuh dendam, hasad dan sifat sifat keji hanya Allah s.w.t yang boleh menerangi. Saya juga belajar dan mengambil pengajaran bahawa never ever judge someone from its cover, luaran yang sejuk mata memandang tu tidak semesti hatinya sesejuk air yang mengalir. Hati yang bersih banyak dipengaruhi didikan persekitaran yang sempurna, keturunan yang baik baik dan ilmu di dada. Kesimpulannya; fizikal, hati, akhlak, bahasa dan tuturkata berbeda; nobody perfect.

Dendam dan kemaafan adalah hidayah terbesar Allah kurniakan kepada saya. Kalau dulu ada perasaan dendam di dalam hati, sekarang saya jadi lebih bertenang. Demi Allah dendam di hati saya telah lama terkubur. Kepada hamba² Allah yang saya pernah lukakan hati, saya minta ampun. Saya berharap kalian dapat memaafi saya. Pengalaman ternyata mematangkan diri saya, dan air sungai yang mengalir tidak akan putus. Sepanjang perjalanan, kita harus lalui benda benda yang cantik ada bende bende yang buruk tetapi kita harus teruskan perjalanan ini. Teruskanlah dengan tanpa putus asa, tanpa mengeluh tapi penuh redha sehingga kita dijemput ke pangkuanNya .

If the offense was committed against another human being, or against society, a fourth condition is added:
1. Recognizing the offense before those against whom offense was committed and before God.
2. Committing oneself not to repeat the offense.
3. Doing whatever needs to be done to rectify the offense (within reason) and asking pardon of the offended party.
4. Asking God for forgiveness.


Percayalah anda semua akan melalui fasa ini. Good luck all, wahai anak Adam.

p/s: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang. Ku mohon, ubahlah kesedihan menjadi kebahagiaan
dalam hidupku dan ubahlah air mataku menjadi mutiara yang indah.

No comments:

Post a Comment