Tuesday, March 30, 2010

My Germany trip







p/s..makcik malas nak upload banyak banyak server slow...huhuhu p tgk kt fb kay..tak private pung..;)

Tuesday, March 23, 2010

Ceritera Chenta Kami


malam sudah larut, tapi saya belum mula packing semua barang barang untuk berangkat ke Germany esok (Hello Numberg!)...takde mood kerana trip ini hanya saya dan Chairman maka tidak dapat berhuha huha atau bergambar sakan..walaubagaimanapun saya akan cuba menklik klik sebagai kenang kenangan..hahaha skema ayat..

sebenarnya saya nak cite lain tapi g cite lain plak..haizz..malam ni saya bermood untuk berceritera chenta..(nama sebenar telah ditukar identitinya ;P)

situasi A: Aminah dan Alif sudah lama berchinta, tetapi kelamaan menjadikan cinta mereka pudar, di saat kegoyahan melanda datang seorang rupawan jelita namanya Mawar menganggu gugat jiwa raga si Alif..maka haruslah Aminah ditinggalkan. Setelah itu Mawar dan Alif disatukan tetapi akhirnya Alif sedar Mawar tidaklah secantik pekerti Aminah, cantik Aminah bukanlah bersifat fizikal namun lebih pada hatinya. Alif sedar dia telah tersilap, kesilapannya memakan dirinya, namun nasi sudah menjadi bubur. Mawar masih belum dapat menyaingi ketinggiperkertian Aminah sehingga kini.

situasi B: Idarna dan Affan juga pernah menjadi sepasang kekasih, namun cinta mereka berkubur gara gara sikap Affan yang tidak pernah mahu berubah. Banyak sikap negatif yang harus ditelan Idarna hingga suatu hari dia jatuh cinta lagi. Cinta barunya merubah Idarna menjadi seorang yang pathetic namun Tuhan itu maha kaya. Karma telah memakan dirinya, sepertimana dia telah menghancurkan kesetiaan Affan, begitulah juga hatinya dirobek. Namun Idarna bangkit dari kehancuran namun parutnya masih bersisa, dia tidak akan mungkin menjadi gadis yang ceria dan gembira sepertimana dia di zaman remajanya. Hidupnya kini hanya kerana Allah.

situasi C: Omar seorang jejaka yang baik pekertinya. Dia mempunyai seorang kekasih yang sangat rupawan. Omar terlalu cinta akan kekasihnya yang bernama Harnie namun kesetiaanya tidak dihargai. Ternyata gadis yang rupawan mengejar jejaka yang lebih hartawan dan budiman. Omar terluka parah, dia cuba bangkit dari kedukaannya dengan cuba menyintai Teratai namun dia lupa tentang perasaannya. Dia cuba menipu hatinya karna hatinya hanya milik Harnie. Teratai terguris luka tetapi dia belum masih mahu bersuara. Kita doakan agar Teratai punya kekuatan menghadapi kedukaan yang bakal mendatang.

situasi D: Zara seorang gadis yang cantik, di zaman remajanya dia menjadi tawanan jejaka jejaka. Keletahnya yang lincah membuatkan dia sangat disenangi. Namun nasib tidak pernah menyebelahinya, dia sering gagal dalam bercinta. Kini Zara sudah penat, dia mendambakan seorang suami yang boleh membimbingnya ternyata suaminya itu milik orang. Zara pasrah, dia redha dengan ketentuan Illahi tapi adilkah sebagai seorang wanita berbuat demikian? Kita doakan agar kebahagiaan menjadi miliknya selamanya.

situasi E: Sofea gadis yang menawan. Dia menyintai seorang jejaka yang sempurna bernama Johan. Bertahun lamanya menyulam cinta tapi tidak ada kesudahannya. Johan rupanya masih mencari gadis yang bertudung untuk disunting sebagai isteri. Adilkah bagi Sofea yang sudah berkorban jiwa dan raga bertahun lamanya. Mengapa tidak saja dia mengubah Sofea menjadi lebih sempurna? Kita doakan agar hati Johan terbuka. Kita doakan agar Sofea diberi hidayah Allah.

situasi F: Ariana seorang gadis yang berjaya, seorang yang petah, lincah juga sempurna. Percintaan Ariana dan Adam terlerai ketika bergelar tunangan. Ianya kerana jarak yang jauh antara mereka. Adam akhirnya memilih gadis sederhana yang tidaklah dapat menyaingi Ariana namun siapa saja yang tahu kisah benarnya. Ternya jarak memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perhubungan. Luka putus tunangan membuatkan Ariana menjauhi diri dari perhubungan sosial. Dia tidak betah menyintai kaum Adam lagi. bertahun lamanya dia menyendiri. Namun Tuhan itu maha kuasa, suatu hari dia seorang jejaka berjaya membuka pintu hatinya. Namun jauh di sudut hatinya kepedihan dan luka lampau tidaklah mudah untuk dibuang. Ariana kini mengambil jalan selamat. Perhubungan kali ini tidaklah diwar warkan namun jauh di sudut hatinya siapa yang tahu...ahhh masakan ada wanita yang bisa bersendiri kan?

p/s: Ini kisah benar...coretan duniawi semoga mereka mereka ini sentisa dalam lindngan payung Illahi, dipermudahkan jodohnya diperkenankan doanya..Amennn...

Sunday, March 21, 2010

hidayah dan iman adalah misteri

Dear world,

Anda pasti setuju bila dikatakan hidayah dan iman itu adalah misteri..hidayah itu hanya Allah yang tentukan dan hanya Dialah yang berhak menentukannya. Better late than never bak kata pepatah. belum tentu yang bertudung litup itu hatinya suci, perkataanya benar dan indah, perbuatannya nilam dan permata. Tidak semesti juga yg belum diberi hidayah dari Allah itu hatinya hitam, perkhabaranya palsu dan perbuatanya tidak mulia...Inilah yang dinamanya Iman dan hanya Allah yang berhak menentukannya..titik..

Saya bersyukur kerana hati saya bahagia..ketenangan yang Allah berikan buat saya bersyukur dan redha..Demi Allah saya syukur kerna Allah kurniakan saya family besar yang supportive, rakan rakan yang best dan sempurna, teman sekerja yang baik baik, teman serumah yang memahami, majikan yang sentiasa memberi pendorong dan kepercayaan.

saya pasti tindakan saya ini terbaik malah Allah sentiasa memakbulkan doa saya; hamba yang hina ini..

p/s: Doa adalah senjata umat Islam yang paling utama..gunakan ia, amalkannya..Allah will always be with you, He's in you...tepuk hati tanya Iman ;)

Wednesday, March 17, 2010

Rindu saya tak?

Dear World,

Sori kerana kehilangan saya beberapa minggu ini..hehehe..I'm so bz...ahhh soo lame..bz sokmo ;)
1) Bz with my new project bungalow at Chancery Lane S$4million (can't wait for the outcome!)
2) Bz with preparation nak wearing tudung & muslimah clothes (will donate my old clothes to kupu kupu ;P)
3) Bz with my Germany trip assignment (last contribution to my company)
4) Bz recite my new Quran (sikit sikit lama lama jadi bukit)

p/s: dengarlah lagu ini, saya rindu anda semua!