Friday, October 30, 2009

mimpi = cik Dido punya Wish??

humm..today nak bercerita tentang wish...lately terlalu lalu banyak mende yang saya fikirkan mengarut ngarut..entahla..tapi bak kata orang mimpi ni mainan tidur..tapi bagi saya mimpi ini kadang kadang terjadi bila kita terlalu memikirkan atau berkehendak is it?!!

Oklah, pada mulanya saya telah mengambil keputusan untuk teruskan meny'ingle'kan diri dan malaslah nak fikir tentang relationship setelah megambil kira beberapa observation dan juga assessment. Pada fikiran saya lelaki semuanya sama..wish if i were a boy..huhuhu..malah my ex juga pernah memberi beberapa tips dan nasihat yang sangatlah berguna untuk saya memilih bakal teman nanti..(thank you, i will keep it in my mind forever). Nak di jadikan cerita setelah saya membulatkan hasrat saya itu dengan hati yang penuh keredhaan..tuptuptup saya bermimpi hmmm dan ianya bagaikan petunjuk (ini bukannya mimpi ular kaler putih ade percikan gold *gile koya + memilih sampai mimpi ular pun nk kaler putih* lol yang sebagaimana selalu) tapi mimpi ini sangat pelik mungkin doa atau petunjuk (malaih nk pk) huhuhuhu...maka dengan itu secara rasminya cik dido ini telah membuka pintu hatinya; cuba, redha, doa, terima insyaAllah dengan istiqamah. Amen.

Selang beberapa hari cik dido mimpi lagi, kali ini hampir menitiskan airmata..mungkin dia terlalu berharap? atau mungkinkah dia so sick? *sigh* kali ni dia bemimpi mereka yang telah mencaci maki hamun hurt dia to da max meminta maaf secara terbuka (menerusi blogkah?) mereka itu tadi telah surrender dengan berkata semuanya adalah kesalah fahaman/deepest regret dan mereka memahami mengapa saya mengundur diri, mengalah, berdiam diri dan yang sewaktu dengannya. Apakah ini yang terlalu diharapkan sampai cik Dido ini termimpi mimpi bagai? *silakan bermimpi wahai saya* kerana realiti tidak akan seindah fantasi mimpi anda...lol..

xoxo
Lovelorn

Wednesday, October 21, 2009

Bipolar disorder again??! sigh

Saya keliru.
Saya tidak pasti.
Benarkah jalan yang ku tuju ini?

Kawan kawan saya bertanya "apakah yang engkau mahu dalam hidup engkau?"
Saya jawab "sungguh, saya tak tahu"

oh NO not again tis syndrome kembali menghantui diriku...
bak kata bubu, "love is nothing but relationship is everything"...jauh di sudut hati saya sangat agreed with that phrase. Bagi mereka yang pernah terjatuh cinta dan terluka dengan sangat parah kebarangkalian untuk mereka jatuh cinta lagi adalah 0.001% but life must go on apa pun kekuatan untuk menerusi kehidupan adalah berpandukan hanya 2 keperluan di bawah;

1. keperluan untuk berkongsi emosi (emotional companion)
2. keperluan untuk menghasilkan zuriat (bukankah dituntut di dalam Islam?)

p/s: Bila hati terluka dengan parah, Love is NOTHING, the one just need to get a proper relationship and breed good "baka" for future and hari tua.

xoxo,
Lovelorn

Monday, October 12, 2009

Thank you Allah, Thank you Papa

Tadi papa call..dan saya mengambil kesempatan utk inform bout my life now..Alhamdulillah..Im happier couldn't ask for more..thank you for your solat hajat papa and doa from ols yang ingin saya bahagia..love ya all full!

“dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir"; Surah Yusuf: 87

Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda kerianganBertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih

Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti

Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan

Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan

Song by Aishah; title: Merenung Bulan

p/s: rahmat Allah itu datangnya berbeza beza =)

Sunday, October 11, 2009

Searching for ring?

wah tajuk serammmm...hehehe

Semalam after meeting di area Sentosa saya terus ke Orchard since dah lama benar tak jejak ke sana yelah time Ramadhan memang tak turun sana sebab baju dan kasut raya dah sediakan 2 bulan awal..so xdelah terhimpit himpit pastu blurr nak pilih kasut mana...

ok jom cite pasal apa yang berlaku semalam, tetiba jer hati ni terdetik nak p survey cincin..megapakah? hahaha rahsia :P banyak juga brand brand fine jewelery yang besh kt Singapore ni..pusing punya pusing I'm still stick to this;



Ada banyak lagi yang cantek cantek macam LV, Versace tapi hati ni dah berkenan kat masterpiece design from Cartier ni....camne?

p/s: tips untuk kupu kupu

xoxo
Ayu

Wednesday, October 7, 2009

she is...

following her heart...laterrrrr

xoxo,
Ayu

Tuesday, October 6, 2009

Dear Diary



My favourite singer: Krisdayanti
My favourite song: attached above

Monday, October 5, 2009

Indahnya Berbaik Sangka wahai anak Adam a.s

Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”


Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.


Kita telah sedia maklum bahawa Islam menyarankan mencari pasangan hidup yang beragama dan berakhlak baik. Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama?

Malangnya, ramai mengambil mudah frasa “fardhu ain.”Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori.Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Ada juga yang tidak tahu dan sedang berusaha memperbaiki diri.Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, “Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya.” Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain.

Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap.

Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w.


Untuk itu, sama-samalah kita belajar teknik untuk bermujahadah dengan nafsu diri, kerana ia sebahagian daripada perkara yang perlu kita ketahui. Ia adalah fardhu ain.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12

I hate



I hate today..
I'm sad..
I want to go back to the time when I'm more happier?
How I wish..
I'm crying..

p/s: I need an emotional companion, God help.. :(

Sunday, October 4, 2009

A piece of me

Hari ini saya duk mengemas bilik sehari suntuk. Let me share a piece of me with u ols..welcome to my Spore room.. ;P




Tara - My bedsheet for this week (black & white theme of a week)


My Toys - My ball, magazine, hair curler (mahal doo-ooh bazir jah), hair dryer, lullaby bear (ihiks im still baby?????!! aper kes)



My tandas - This is my favourite coz I'm not sharing my tandas kerana banyak harta karun milik saya..huhuhu



My favourite port - Internet'ing sambil guling guling..lol



My wall - sungguh bowink huhuhu...

p/s: =D Room not so sweet room!